Ahad, 1 April 2012

Ringkasan bab 9 (kaedah penyelesaian masalah)

SAINS PEMIKIRAN DAN ETIKA (F)

Bab 9 - Kaedah Penyelesaian Masalah.

oleh: SITI NAQIAH BINTI ABU BAKAR (213487)


1. KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH. 
>> Kaedah fikiran logik.
>> Kaedah agama.
>> Kaedah perasaan.
>> Kaedah kreatif.

2. KATEGORI MASALAH
>> Misteri : situasi yang menyeleweng daripada biasa.
>>Tugasan : kerja yang perlu dilakukan oleh seseorang secara terperinci untuk mencapai tujuannya.
>>Kesukaran : kesukaran subjektif atau objektif yang disebabkan oleh kurang pengetahuan dan merasakan sumber yang ada tidak mencukupi.
>> Peluang : hasil daripada usaha yang telah dilakukan dan perlu direbut.
>> Tidak pasti (puzzle) : mempunyai jawapan tetapi sukar untuk mengenalpasti jawapan tepat. Tidak semua masalah dapat diselesaikan. 
>> Dilema : sukar untuk mencari dan menyelesaikan masalah. Terdapat dua kaedah yang kelihatan betul dan tepat. Kaedah kemanusiaan sesuai digunakan dalam situasi ini.

3. Perbezaan antara masalah dan isu
>>masalah memerlukan penyelesaian yang cepat manakala isu pula perlu diselesaikan secara teliti.

4. SIFAT BAGI SEORANG PENYELESAI MASALAH
>> Motivasi yang kuat ~ mereka bersifat positif dan tidak mudah mengalah dengan semua kesukaran.
>> Trait yang positif ~ mempunyai emosi yang stabil dan berminat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.Trait psikologi yang objektif dan komitmen. Cerdik dan pintar.Selalu berusaha dan tidak berasa jemu.  
>> Jati diri ~ berkeyakinan walaupun tidak pasti akan tindakan yang harus diambil. .
>> Membina kemahiran.
        ~ Model penyelesaian masalah 6 langkah ( Chang dan Kelly, 1993) 
             (i). Kenal pasti masalah
            (ii). Analisa punca masalah
           (iii). Kenal pasti cara penyelesaian
           (iv). Pilih penyelesaian yang terbaik.
            (v). Bentuk plan tindakan.
           (vi). Pelaksanaan dan penilaian.

       ~Model penyelesaian masalah 8 langkah (Francis,1990)
           (i). Tuning in
          (ii). Objective setting
          (iii). Success measurement
          (iv). Information collection
          (v). Decision-making
          (vi). Planning
          (vii). Action
          (viii). Review to improve

5. MODEL PENYELESAIAN MASALAH SECARA SAINTIFIK 
   >> Langkah pertama : mendefinisikan masalah
   >> Langkah kedua : mengkelaskan masalah
   >> Langkah ketiga : tentukan objektif
   >> Langkah keempat : tentukan ukuran kejayaan
   >> Langkah kelima : kutipan data
   >> Langkah keenam : membuat keputusan
   >> Langkah ketujuh : melaksanakan keputusan yang diambil
  • keyakinan
  • kesungguhan 
  • kemahiran 
  • ketepatan 
  • penyesuaian 
  • objektiviti 
  • kebolehan bekerja dalam kumpulan
6. PENILAIAN 
   >>  Gambaran tentang keberkesanan tindakan penyelesaian masalah

7. PENYELESAIAN SECARA SAINTIFIK
   >> Mengadakan hipotesis
   >> Mengumpul maklumat
   >> Membuat kesimpulan

8. PENYELESAIAN SECARA KREATIF / LATERAL
  >> ciri-ciri : tidak bersifat kritikal
                tidak bersifat analitikal 
                    tidak bersifat sehala

   " Six Thinking Hats" ( Edward de Bono,1985)
  • Topi hijau : pemikiran kreatif
  • Topi kuning : pemikiran positif dan konstruktif
  • Topi putih : pemikiran objektif
  • Topi hitam : pemikiran negatif dan kritikal
  • Topi merah : pemikiran emotif
  • Topi biru : lambang langit ( mengawasi topi-topi lain bekerja)     
   "Six Action Shoes" ( Edward de Bono) 
  • Kasut formal biru laut : tindakan formal
  • Kasut kelabu : tindakan secara penyelidikan, mencari bukti, mudah, dan ringkas. 
  • Kasut perang : tindakan secara praktikal, nyata, lasak, tidak formal, fleksibel, dan berkesan. 
  • Boot oren : tindakan secara cemas, krisis, risiko, segera dan berani. 
  • Selipar merah jambu : tindakan secara prihatin, perikemanusiaan, kasih sayang, lemah lembut, mesra dan ikhlas  
  • Kasut tunggangan ungu : tindakan secara kuasa, rasmi, kepimpinan dan bertanggungjawab. 

9. PENYELESAIAN MELALUI PERASAAN
   Berdasarkan konsep kecerdasan EQ
  • Kebolehan mengetahui emosi sendiri 
  • Kebolehan dalam pengurusan emosi
  • Kebolehan meningkatkan motivasi
  • Kebolehan mengenal emosi orang lain 
  • Kebolehan menjalin persaudaraan 

10. PENYELESAIAN SECARA ISLAM
   >> Pendekatan hukum
  • Rabbani (ketuhanan)
  • Alamiah (universal)
  • Syumul (menyeluruh)
  • Wasatiyyah (seimbang)
  >> Pendekatan sufi